Bagaimanapun, kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai dah mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan.
Ramai orang mula sedar, bertambah Minat dan menjadi trend yang semakin berkembang sekarang dimana fungsi komoditi emas dan silver sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.
Mengapa melabur emas? Jawapannya sangat mudah. Melabur emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi.
Emas adalah logam berharga yang sentiasa disebut di dalam Tamadun Islam dan peradaban dunia.
Perkataan emas atau 'gold' berasal daripada perkataan Indo-Eropah iaitu kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya.
Emas sangat istimewa pada rupa dan nilainya, emas juga bersifat kekal. Selain melambangkan ketulenan, bernilai tinggi, kedaulatan dan simbol status, emas juga menjadi lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara yang memilikinya.
Pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah melihat kebaikan dinar emas sebagai mata wang seragam dan tetap nilai seperti diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW.
Sayangnya ketika itu idea Tun Dr Mahathir agak sukar untuk diterima, dipandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan seakan hendak meniru euro dolar Eropah.
Jangan lengahkan masa.. jom beli dinar untuk pelaburan anda.
Sesiapa yang berminat nak untung lagi banyak, jongkong emas juga berbaloi baloi...beza antara menyimpan emas fizikal dan emas yang sudah siap diproses macam barang kemas, syiling emas adalah dari sudut keuntungan kerana pembelian jongkong emas membolehkan kita mendapat keuntungan bersih.
Emas yang dibeli dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabitkan kos buruh. Jadi, jika anda berminat untuk menyimpan emas, jongkong emas lebih digalakkan kerana untung bersih yang dimiliki jika ia dijual lebih tinggi.
Menyimpan jongkong emas adalah sebagai aset pelaburan dan sebenarnya guna kaedah yang sama seperti jual beli saham dan jual beli mata wang.
Nilai emas yang tidak menyusut menyebabkan simpanan jongkong emas mendatangkan keuntungan terutama sekali ketika gelora ekonomi melanda dan saya menyarankan orang ramai supaya membuat simpanan emas fizikal sebagai jaminan masa depan.
Nilai emas tidak menyusut tapi jika anda perhatikan nilai mata wang mudah mengalami kejatuhan.
No comments:
Post a Comment